BERAT DAGING KORBAN
Terbaca satu isu yang sedang dibangkitkan oleh peserta korban.
1. Isunya bukan tentang hukum korban, tetapi tentang nilai dan kuantiti daging yang diterima peserta korban.
2. Ada yang jangka bila buat korban di masjid, bolehlah bawa balik 20kg daging. Dan bila dapat kurang dari itu, mula timbul tidak puas hati.
3. Sebenarnya ada beberapa kemungkinan isu tidak puas hati ini timbul.
a. Perbandingan antara korban di masjid dan korban komersial
Sesetengah syarikat atau ladang mempromosikan "1 bahagian dapat 18kg - 25kg daging"
Lalu peserta yang biasa menyertai korban di masjid mula membandingkan "Kenapa saya bayar RM900-RM1,000 di masjid tapi dapat kurang daripada 20kg?"
Sedangkan objektif utama korban bukan membeli daging.
b. Salah faham bahawa satu bahagian mesti dapat berat tertentu
Hakikatnya tiada syarat syarak yang menetapkan:
1 bahagian = 20kg
1 bahagian = 25kg
Jumlah sebenar bergantung kepada:
✅ Berat hidup lembu
✅ Peratus karkas selepas sembelihan
✅ Bahagian tulang dan organ
✅ Dasar agihan masjid
Seekor lembu 350kg dan seekor lembu 550kg akan menghasilkan jumlah daging yang sangat berbeza.
c. Masjid mempunyai tanggungjawab sosial apabila melakukan ibadah korban.
Kebanyakan masjid tidak melihat korban sebagai transaksi jual beli daging.
Sebahagian daging biasanya diagihkan kepada
➡️Asnaf
➡️Fakir miskin
➡️Jiran
➡️Petugas
➡️Program jamuan untuk meraikan ahli kariah dan petugas sukarelawan.
Jadi peserta mungkin menerima kuantiti yang lebih kecil berbanding melakukan korban persendirian.
d. Ikhlas bertanya.
Kadang-kadang memang ada yang sebenarnya ikhlas hendak tahu berapa anggaran yang akan bakal mereka terima.
Jika masjid tidak menerangkan kaedah agihan dari awal, peserta akan membuat perbandingan sendiri.
4. Jangan lupa, tujuan utama ibadah korban ialah mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Daging yang diterima peserta bergantung kepada saiz dan hasil karkas lembu pada tahun tersebut.
5. Pihak masjid juga melaksanakan agihan kepada golongan asnaf dan penerima yang layak sebagaimana tuntutan syarak.
Oleh itu jumlah daging bagi setiap peserta mungkin berbeza dan tidak ditetapkan pada berat tertentu.
6..Menariknya tentang isu ini, ia menunjukkan satu trend baharu.
Apabila ada sebahagian masyarakat mula melihat korban dari sudut "berapa kilogram saya dapat".
Sedangkan roh asal korban ialah "berapa yang saya sanggup korbankan kerana Allah.
Dan itulah cabaran dakwah yang semakin ketara hari ini tentang ibrar dari ibadah korban itu sendiri.
✍️
Mahanom Mohammad