• Main
  • News

Program Ibadah Korban 1442 Hijrah

Program Ibadah Korban 1442 Hijrah

PROGRAM IBADAH KORBAN 1442 HIJRAH
Masjid Al-Sultan Abdullah Official

Masjid Al-Sultan Abdullah dengan jayanya telah menyempurnakan ibadah korban kariah sempena Aidiladha 1442 H. 8 Ekor Lembu dan 4 Ekor Kambing dikorbankan pada tahun ini.

Penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, dengan menyumbangkan Dua (2) ekor Lembu Korban untuk Masjid Al-Sultan Abdullah.

Turut terima kasih diucapkan kepada semua perserta-perserta ibadah korban dan JK Masjid dalam penglibatan untuk menjayakan program ibadah korban 1442 H.

Semoga segala usaha yang kita semua lakukan mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah SWT.


About Us

  • Masjid Al-Sultan Abdullah Official

    Masjid Al-Sultan Abdullah dibina pada 2015 dan siap sepenuhnya pada september 2017. Masjid ini dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan dimasyhurkan sebagai Masjid Al-Sultan Abdullah.